Mesin kira
Mesin kira

Mesin kira

Mesin kira atau kalkulator merupakan sebuah peranti elektronik yang kecil dan murah yang digunakan untuk melakukan pengiraan aritmetik asas. Mesin kira moden lebih mudah dibawa ke mana-mana berbanding komputer, walaupun kebanyakan PDA mempunyai saiz yang lebih kurang sama dengan kalkulator tangan.Mesin kira elektronik pertama dicipta pada tahun 1960an, sementara peralatan bersejarah seperti sempoa dicipta sekitar 2000 SM; di samping itu, mesin kira mekanikal pula dibangunkan pada abad ke-17. Ia dibangunkan hampir serentak dengan komputer analog pada masa tersebut.Peranti bersaiz kocek mula didapati pada tahun 1970an, terutamanya setelah penciptaan pemproses mikro oleh Intel untuk mesin kira Busicom.Kalkulator moden menggunakan tenaga elektrik (biasanya bateri dan/atau sel suria) serta merangkumi daripada semurah-murah model bersaiz kad kredit sehinggalah model yang lebih besar serta dilengkapi pencetak terbina dalam. Ia mula popular pada lewat 1960an hasil daripada saiz serta kos peranti elektronik yang semakin kecil dan murah, sekaligus mengelakkan penggunaan komponen komponen komputer yang mahal dan sukar didapati. Menjelang 1980an, harga mesin kira jatuh sehingga ke tahap di mana kebanyakan orang mampu memiliki sekurang-kurangnya sebuah mesin kira asas. Menjelang 1990an ia mula dibenarkan untuk digunakan dalam mata pelajaran Matematik di sekolah-sekolah, membolehkan pelajar lebih menumpukan terhadap konsep tanpa perlu dibebankan dengan keperluan mencongak pengiraan.Sistem pengendalian komputer seawal sistem UNIX kuno telah pun menyertakan perisian kalkulator seperti dc dan hoc, dan fungsi kalkulator disertakan dalam hampir semua peranti jenis PDA (kecuali beberapa peranti khusus untuk buku alamat dan peranti kamus).Sebagai tambahan kepada mesin kira serba guna, terdapat juga mesin kira yang direka untuk pasaran tertentu; misalnya, mesin kira saintifik menumpukan kepada operasi yang lebih rumit daripada aritmetik – contohnya, pengiraan kalkulus, trigonometri dan statistik. Sesetengah mesin kira mempunyai keupayaan untuk melakukan pengiraan algebra komputer. Mesin kira graf boleh digunakan untuk melakar graf fungsi yang ditakrifkan dalam garisan sebenar, atau ruang Euclid berdimensi lebih tinggi. Jenis-jenis sedemikian turut digunakan untuk beberapa tujuan lain.Adalah dianggarkan bahawa pada tahun 1986, mesin kira masih mewakili 41% daripada keupayaan perkakasan serba guna dunia untuk mengira maklumat. Ia kemudian merosot kepada kurang daripada 0.05% menjelang 2007.[1]